Wednesday, 28 September 2011

Kekangan Dalam Merealisasikan P&P BM melalului TMK

Kekangan yang Dihadapi Bagi Mengintergrasikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Pendahuluan
Selaras dengan perkembangan semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Comunication Technology (ICT) dalam pendidikan negara yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastuktur ICT. Namun masih terdapat isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan :
Tahap kemahiran guru dan penguasaan guru dalam bidang teknologi maklumat

Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya.
            Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Hal  sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan pelajar.
Penerimaan guru terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan teknologi maklumat

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternative kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar serta mematuhi tempoh masa membuat penyelenggaraan.. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian
Akses Pendidikan
Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
-       perisian komputer untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang sesuai sukar diperolehi.
-       Latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan.
-       Penyenggaraan komputer yang kurang berkesan di sekolah.
-       Bilangan guru terlatih dalam Teknologi maklumat tidak mencukupi
Justeru adalah menjadi cabaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan seyiap sekolah akan memperolehi komputer menjelang usaha untuk menjadikan setiap murid dan guru celik Teknologi Maklumat.
Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI

Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dandipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolahmenengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualitisahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengirakaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejalavandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
            Kurikulum sekolah yang bersifat berpusat juga memperlihatkan kelemahan dari segi pelaksanaan di kebanyakan sekolah. Misalnya, kurikulum semakan baru yang dilaksanakan pada tahun 2003. Kursus dalaman yang dianjurkan masih belum dapat menjamin penguasaan guru ke atas isi kandungan yang perlu disampaikan. Begitu juga, penyebaran maklumat melalui kursus yang berkaitan dengan kandungan pengajaran, pedagogi dan latihan kemahiran membuat jadual spesifikasi ujian (JSU) dan sebagainya sering tidak begitu berkesan. Ini berlaku mungkin kerana pencairan maklumat

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi masalah dalam melakukan tranformasi pendidikan yang berkesan.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian PerancanganPembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, padatahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan dimana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal sepert iMatematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar.Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Kekurangan guru dan masalah guru bukan opsyen juga bolehmenimbulkan kesukaran memupuk budaya ownership kerana gurumenganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen.Kekurangan kemahiran guru dalam mengendalikan aktiviti kokurikulumjuga ditambah dengan kurangnya sokongan pihak pengurus sekolah darisegi bimbingan dan latihan akan menyukarkan semangat ownershipdipupuk di kalangan guru.Sejauh manakah guru-guru bukan opsyen danguru-guru penasihat ini diberikan latihan bagi membimbing merekamengurus kurikulum mahupun kokurikulum?
Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah cukup, boleh digunakan, berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang optimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan akademik. Menurut Rohana Man dalam laporannya iaitu Konferensi Antarabangsa Pertama Pendidikan Guru 6-8 Mei 2002 yang lalu, guru yang cemerlang ialah mereka yang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Amalan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi aspek penentu keberkesanan kurikulum. Tenaga pengajar mestilah mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang terancang, menggunakan pelbagai teknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran. Rohana Man (2002) turut melaporkan bahawa ciri-ciri guru yang cemerlang ialah mereka yang boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan. Dengan wujudnya keadaan sedemikian, hasilnya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan, dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan guru akan menjadi cekap dalam penyelesaian masalah.
Sokongan ibu bapa terhadap tranformasi kurikulum sekolah juga sangat  penting. Sejauh manakah ibu bapa menyokong program kokurikulum sekolah? Sejauhmanakah mereka menawarkan kemahirandan kepakaran mereka untuk menjayakan aktiviti kurikulum di sekolah? Begitu juga dengan anak-anak yang masih tidak dapat menguasai kemahiran literasi asas, sejauh manakah ibu bapa memikul tanggungjawab dalam hal pembelajaran anak? Yang jelasnya, penglibatan pelajar dalam program kurikulum masih lagi tidak menyeluruh. Bahkan ada ibu bapa yang menganggap suatu transformasi yang dilakukan itu sebagai satu seksaan.

            Misalnya bantahan terhadap dasar PPSMI oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) melalui perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac 2009 dan bantahan daripada Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).

No comments:

Post a Comment