SEKOLAH PENYAYANG
1.0 PENDAHULUAN
Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ianya mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.
2. ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH PENYAYANG
2.1 Pentadbiran Sekolah
Pentadbiran sekolah yang dimaksudkan di sini ialah melibatkan Guru Besar atau Pengetua, Guru-Guru Penolong Kanan dan Ketua-Ketua Bidang bagi sekolah menengah
2.2 Guru-guru dan kakitangan sekolah
Guru-guru dan kakitangan sekolah, termasuk kerani dan staf bukan akademik yang berada di sesebuah sekolah
2.3 Komuniti
Komuniti yang dimaksudkan di sini ialah ibubapa dan penjaga murid serta institusi lain yang berada di sekitar sekolah yang boleh memberi sumbangan kepada sekolah samada wang ringgit, tempat dan kepakaran.
2.4 Pelajar
Pelajar merupakan elemen yang cukup penting kerana adanya mereka, maka adanya pekerjaan guru. Dengan adanya pelajar, maka tugas mengajar yang merupakan ’core bussiness’ kita dapat dijalankan.
Keempat-empat elemen ini memerlukan tindakan seiring sejalan dalam melahirkan Sekolah Penyayang. Kesedaran yang meluas perlu digerakkan kepada keempat-empat elemen tersebut untuk melihat kepentingan Sekolah Penyayang. Semangat kolaboratif perlu ditekankan dalam menjayakan usaha murni ini.
3. BUDAYA SEKOLAH PENYAYANG
3.1 Kemesraan dan Sayang-Menyayangi
Budaya kemesraan dan sayang-menyayangi adalah dua teras utama yang perlu dalam menjayakan Sekolah Penyayang. Hubungan yang mesra antara guru dan murid, guru dan ibubapa serta sayang-menyayangi antara satu sama lain ádalah mekanisme penting dalam Konsep Sekolah Penyayang.
3.2 Ilmu
Budaya ilmu ini perlu berlaku dalam sesebuah sekolah untuk melahirkan Sekolah Penyayang. Budaya ilmu yang dimaksudkan di sini ialah setiap elemen tadi memahami dan menghayati peri pentingnya apa yang dimaksudkan Sekolah Penyayang. Ilmu dan pemahaman tentang Sekolah Penyayang adalah asas kepada kejayaan konsep tersebut.
3.3 Perkongsian
Budaya perkongsian adalah satu lagi aspek yang kadangkala dilupakan dalam menjayakan Konsep Sekolah Penyayang. Seharusnya usaha-usaha menjayakan konsep sekolah ini dikongsikan bersama antara guru, murid dan komuniti.
3.4 Ambil Tahu
Ambil tahu merupakan satu lagi budaya yang perlu wujud untuk menjayakan Konsep Sekolah Penyayang. Kadangkala berlaku ibubapa yang menyerahkan sepenuhnya anak kepada sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan akademik anak-anak mereka. Bagi mereka, apabila yuran sekolah telah dibayar dan kelengkapan
3.5 Hormat-Menghormati
Budaya hormat-menghormati perlu tersemai sebagai langkah penting untuk menjayakan Sekolah Penyayang. Budaya ini sepatutnya wujud antara guru, komuniti dan pelajar. Budaya ini merupakan budaya positif yang telah dibicarakan.
3.6 Penglibatan Semua
Budaya menunding jari kepada orang lain apabila berlaku kelemahan akan dapat dikurangkan apabila semua anggota komuniti dilibatkan dalam sesuatu program. Apabila semua golongan terlibat dalam menyumbang idea, merancang dan melaksana, maka kuranglah rasa kurang senang antara satu sama lain.
3.7 Pengukuhan Positif
Membudayakan kita dengan pengukuhan positif adalah satu lagi kekuatan kepada menjayakan Konsep Sekolah Penyayang. Semua orang suka dipuji dan menerima hadiah.
3.8 Hubungan Sekolah dan Komuniti
Kewujudan hubungan erat antara sekolah dan komuniti merupakan salah satu unsur penting dalam menjayakan Sekolah Penyayang. Komuniti mestilah dilibatkan dalam setiap program sekolah samada besar maupun kecil. Ianya menjadikan sekolah adalah milik bersama.
3.9 Budaya Kerja Berpasukan
Kerja berpasukan adalah satu budaya yang cukup penting dalam menjayakan Konsep Sekolah Penyayang. Kerja yang besar dan murni ini tidak mampu digerakkan oleh seorang dua sahaja dalam sebuah organisasi sekolah. Kerja berpasukan telah membuktikan kejayaan dalam semua organis asi terutama organisasi korporat.
4. PENGISIAN KONSEP SEKOLAH PENYAYANG
4.1 Kelompok Guru dan Murid
i) Perjumpaan Pagi
ii) Memberi Salam, Kad dan Hadiah
iii) Menziarahi Murid dan Guru
iv) Perkongsian Misi Sekolah
v. Kempen
vi. Sudut Kita
vii) Memuji dan Tidak Mencela
viii) Memaksimum Penglibatan Pelajar Dalam Pengurusan Kelas
ix) Melibatkan Pelajar Dalam Perbincangan Aktiviti Penyaya
4.2 Kelompok Murid Dengan Murid
i) Mesyuarat Kelas
ii) Mentor-mantee
iii) Menggerakkan Badan Pengawas
ii) Mentor-mantee
iii) Menggerakkan Badan Pengawas
iv) Rakan Islah
v Melebarkan Salam
4.3 Kelompok Warga Sekolah Dengan Ibu Bapa
i) Kelas Angkat
ii) Penglibatan Swasta Dengan Sekolah
iii) Persatuan Alumni Sekolah
iv) Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
v) Banyakkan Aktiviti Bersama
ii) Penglibatan Swasta Dengan Sekolah
iii) Persatuan Alumni Sekolah
iv) Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
v) Banyakkan Aktiviti Bersama
5.0 FAKTOR KEJAYAAN KONSEP SEKOLAH PENYAYANG
5.1 Komited dan Tanggungjawab
5.2 Kenali Siapa Sekeliling Kita
5.3 Doa Mendoakan
5.3 Doa Mendoakan
5.4 Menjadi Pendengar Yang Baik
5.5 Seronok Dengan Tugas
6.0 KESIMPULAN
Sekolah Penyayang adalah institusi yang indah dan murni. Keindahan dan kemurniannya perlukan kepada pengorbanan masa, tenaga,wang ringgit dan keringat warga pendidik, pelajar, ibubapa dan komuniti setempat.
Hasrat murni Sekolah Penyayang yang digagaskan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 serta diperincikan melalui surat-surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia akan berjaya apabila ianya dikongsikan bersama.